Nasihat- Nasihat Pencerahan Hati
Wahai anakku yang tercinta,
Sebagian daripada nasihat Rasulullah saw. kepada umatnya ialah:
“Tanda-tanda Allah berpaling dari seorang hamba adalah ketika hamba itu sibuk dengan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya. Apabila seseorang menyia-nyiakan umurnya sesaat saja kepada sesuatu yang bukan ibadah, maka pantaslah baginya memperpanjang kesedihannya, dan barang siapa telah melewati umur 40 tahun dan kebaikannya tidak mengalahkan keburukannya maka bersiap-siaplah masuk api neraka”.
Dan nasehat ini cukup (di mengerti) bagi orang-orang yang berilmu (pengetahuan).
NASIHAT PERTAMA
Ayyuhal Walad
Imam al-Ghazali
Hakikat Hidup, Cinta dan Amal
Wahai anakku yang tercinta,
Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati, dan cintailah apa saja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya, dan buatlah apa saja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.
NASIHAT KEENAM
Ayyuhal Walad
Imam al-Ghazali
Dahulukan Belajar Ilmu Yang Fardhu Ain
Wahai anakku yang tercinta,
Apakah hasil yang akan engkau peroleh dari menghabiskan masa hanya belajar ilmu Al-Kalam (perbahasan ilmu Tauhid yg dalam-2) dan ilmu al Khilaf (perbahasan ilmu Fikh yang halus-2) dan ilmu at-Thib (Ilmu perobatan) dan ilmu ad Dawawin wal Syir (ilmu berkenaan dgn dewan syair arab) dan ilmu an Nujum (ilmu peredaran bintang) dan ilmu A’rud (ilmu yg berkenaan dgn timbangan syair Arab) dan ilmu an Nahwu wa Tasrif (ilmu yg berkenaan dgn kaedah bahasa Arab) selain daripada mempersia-siakan umur dgn menyalahi perintah Allah yang Maha Besar.
Maksud disini adalah (belajar ilmu berlebih-2an dan membuang masa mempelajari masalah yg halus-2 sehingga tidak mempunyai masa utk belajar ilmu yang fardhu Ain).
NASIHAT KETUJUH
Ayyuhal Walad